Geng (s)

Sunday, April 29, 2012

Walimatul urus...

Assalamualaikum


Aku tak buleyh tengok orang kawin,geram habaq hang!! Jeles sebenarnya.

Dapat pulak jemputan kawin kemarin,cikgu aku kawin la pulak.Ishhh,memang kena attend la sebab nak usha majlisnya.Untung untung boleh curik idea untuk majlis aku nanty.hahaha


Yeahh,my ex cikgu sudah pon bergelar 'puan'.Puan Norafizah Ismail namanya.

Kami sampai lewat sebab last minute cari hadiah.huxhux.Janji dapat makan sudaaah.Lapaaoo

Banner pon cun,shoot dekat Kuala Perlis.Memang terbaik arh.


Cun kan pelamin?Tema white and pink.


The pengantinss. *pengantin yang duduk yer.bukan yang kiri or kanan tu,bukan bukan(geleng kepala)*



Lauk semua sedap sedap.Tak sempat snap gambar sebab memang aku pantang kalau snap gambar time makan.Tak tenang jadiknya.And yang paling geram is,time tengah makan tu ada dua photo-g makan sebelah meja kami.Sambil pegang empat bijik NIKON.pergghhh,memang kasi gua panas.

Lagi best bila ada kumpulan pemuzik tradisional punya persembahan.Dyorang main lagu hindustan woot!Cayaq dengaq.

Thanks for the gooodies!


Harus!Harus! dan harus! Mesti melencong jalan jalan sebelum balik rumah dan snap gambar. =B

Gambar dibawah sebenarnya portfolio kami untuk filem OMBAK RINDU 2.But watdefaakk!!Mana ada OMBAK RINDU 2..

Abang Osman Ali,tolong pertimbangkan kami!Plishhhh..




Lastly,terimalah kami yang sedang menunggu abang Haris..auwww!




Errr,tak macam Izzah pon.

Btw,nak wish selamat pengantin baru for Cikgu Fizah.Hopefully,berkekalan dunia akhirat dan jadi isteri solehah yer.Seyesly macam tak percaya yang cikgu dah kawin,ehehe.Cikgu suka buat cup cake,untunglaa hubby cikguu.

Insyaallah,lepas majlis cikgu niyh giliran kami pulak menyusul. <------- *Ahint yang cakap*

Okay,habis dah kot story merapu.Byeeeee



♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, April 27, 2012

Susah ke jadi muslimah ??

Assalamualaikum


Lihat sahaja peraturannya..

- Aurat wanita lebih banyak daripada lelaki

- Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.

- Wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki

- Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya

- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri

- Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki







Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..

- Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan?



Itulah bandingannya dengan seorang wanita,

- Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya

- Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.

- Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.

- Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.

- Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.



Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah beberapa perkara di atas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah.

Jika kaum wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh Islam sebagai agama pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Rahmatan lil ‘alamin. Tak satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.








♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, April 25, 2012

Thursday, April 19, 2012

Specially for ADAMs

Assalamualaikum




Lelaki itu bukan BANK , jika hendak apa maen oder saja. bila dah dapat terima kasih pun tak ucap.

Lelaki itu bukan KASUT, yang kau suka hendak tukar tiap tiap hari.

Lelaki itu bukan TUNGGUL , kau datang bila kau memerlukan then kau tinggalkan dia.

Lelaki itu bukan MICROFON , yang kau suka arah arah dia.

Lelaki itu bukan HARIMAU , yang garang memanjang, adakalanya dia manja seperti kucing memerlukan belaian.

Lelaki itu bukan CHEWING GUM, bila manis kau kunyah, bila hilang manis dia kau tuiihh tuuihh dia macam tu je.

Lelaki itu bukan BADUT , untuk hiburkan kau sambil kau ketawakan dia. sedangkan apa yang dia lakukan semata untuk kau.

Credit : Best Quotes 2012


Jarang aku jumpa ayat or  apa apa statement yang defend orang lelaki,hewhew.Selalunya orang lelaki ni kena hentam saja =B
♥ With love by Nazeyra ♥

Sunday, April 15, 2012

Lawak Peribahasa

Assalamualaikum


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...





SUMBER




♥ With love by Nazeyra ♥

Auucummmmm!!

Assalamualaikum


Dah tiga hari,asyik bersin ja kerjanya.Adoii,tak larat nak tahan aih.Merah abih hidung,macam badut lagii.haha

Harap harap tak melarat sampai kena flu yang teruk.Aminn.

Tapi bersin nie elok jugak la,keluarkan penyakit dalam badan kita kan kan.

Alhamdulillah =)


Doakan aku sihat k,at least biar lepas interview dulu.
Daa~~



♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, April 11, 2012

Monday, April 9, 2012

Oh Reunion!!

Assalamualaikum


Peacee!

Untung lorr korang boleh tengok ABPBH2011 live malam ahad lepas kan.Untung lorr boleh tengok sketsa Ombak Rindu dengan abg Mat Haron Mustafa..eh,Aaron Aziz kan.Untong lorr korang dapat tengok Didie Alias jdi pokok krismas kan.Untung lorr..korang dapat baca aku merapu ni kan.hehe

Nak citer pasal untung,aku lagi beruntung malam Ahad lepas.Tak menang anugerah pon takpa.Aku dapat kenangan terhebat malam tuh.Yaww!Reunion time.

A special reunion for group SKJ batch 1999-2004.Hapyy =) (budax Sekolah Kebangsaan Jejawi,Perlis tahun 1999-2004)

Mawnya tak happy.Memang macam macam perangai bila jumpa.Ada yang dekat 7 tahun tak jumpa.Kedai tuh dah jadi macam rumah sendiri.Tuan kedai rasanya sikit lagi nak suruh kami blah,bising doe!

Dan tema malam tuh ; MELANTAK SAMPAI MUNTAH!!!

Credit pic to Farah dan Mun.Aku curik2 ek,heee.

Acara wajib kalau berjumpa.Tak kira laki or pompuan.Sebelum makan seafood,kita makan flash kamera duluu.

dara pinggitan..auww

dah start dahhh..

nampak tak,dari sebersih2 tempat bakar tuh sampai sehitam2nya.apa punya turr,dyorang seronok main benda ni.


yess,time makan tak ingat kamera dah.makan geng makan!!

Sharifah Atifah @ Tipah.Dulu2 dya garang taw.Sekali kalau kelas bising,siaplah korang dengan Tipah vavavoom nih.

Kalau nak suruh aku perkenalkan sorang2 memang aku tak ingat nama,hehe




Bani and Mun

untung lorr ada orang suap akuh,hew2.dua kali pulak tuh.sedapp uwh 
thanks Mirul =P

nak jugak..amek laa

imam muda Dzulkhairi.bagus ja budax nie dalam kelas dulu.dulu laa..sikalang wa talak tau aa

from left : feeqah,farah @ kakcik,nasuha,mun,tipah,and errr..

ala gegurl nie..auww,menyampah 

u know what?dua orang ni la yang menghavockan keadaan malam tuh.kami gelak pown sebab dengar dyorang ni gelak,lawak kot!

Sabilulkhoir..entah betul ke tidak aku eja nama dya nie

Adi with Nasuha.Nasuha nie geng aku jadi pengawas kooperasi dulu.Dari darjah 3 sampai darjah 5.Pertengahan dengan hujung tahun cikgu bawak kami pegi makan KFC,haha.Sebenarnya ada sorang lagi,Hafizoh,xdatang pulak malam tuh.


Suhail with Mun.


Last but not least.We are twins,with different parents.LOL.Dari sekolah rendah sampai sekarang orang cakap kami kembar.Padahal takda pertalian langsung melainkan bestfriend =)


Sudah makan,bergambar then bayar sendirian berhad okeh.

Tukang suap.Amirul,yeahuuuu!!



Dah habis.Mintak abang kedai tolong snap gambar kami yang pulun nih,hihi.Tenkiu abang.Lap u laah ^^

Really had a great moment with u guys.Sangat sangat happening dan pening okeh.Hopefully kita boleh buat lagi reunion @ gathering macam ni dengan ramai lagi yang turun.Ni baru suku jer.Tak puas jumpa korang.

Okeh kawan kawan,jom kita enjoy,eh,tido!!


♥ With love by Nazeyra ♥

Jogging or walking?? LOL

Assalamualaikum


Regarding this post.Konon nak berjogging la berapa round.Kalau sorang sorang aku jogging dekat cikit sebab takut nak lalu trek sungai yang selalu aku jog tuh.

Then ajak la few frenz untuk ikut ramai menyihatkan diri.Ceh.Tapi sorang ja ikut pong.Jieah.

Dya sampai lewat sikit.Then start jogging.Eh,jogging ke Jieah??haha.Sebenarnya kami jalan je.Maleh pulak nk lari lari.Jalan jalan sambil tambah dosa.Gosip sana sini!

Dah jauh berjalan tiba tiba..nampak ada tapak kasut.Eh,lorrr,tapak kasut Jieah.haha.Sumpah aku gelak.Sorry sayang,hahha.


Gambar sebagai bukti.hehe.Ni dekat sungai hujung kampung akuh.Memang cantiklaa pagi pagi tengok sungai.Duduk tepi sawah padi dengan angin yang very the sepoi sepoi bahasa.Perghh.Best gua cakap lu.


Gambar tuan punya blog harusla ada membajet sama.haha =)


Jieah in da housee!!

Best kan walking together2.Lagi best kalau yang lain dapat ikut sama haritue.Sayang korang ketat ketat.
muah muah muah



♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, April 7, 2012

This April

Assalamualaikum


Hye April!!!

Dah tujuh hari baru say hye.Never mind.Kita masih dibulan April.Dan April tahun ni ada banyak jugak event yang aku kena take note.

First is reunion with my primary school friends yang super awesome.Hewww,lama giler tak jumpa dyorang.Eh,tahun 2010 dah buat reunion tapi tak semua yang datang.Memang la tak boleh harap semua datang kan kan.

But this year,banyak budak budak yang tak turun haritue akan turun malam nie.Argggh!! 8 April means ABPBH2011!!Tengah confius sebenarnya,nak pegi or tak reunion tuh.ABPBH mesti gempak macam tahun tahun sebelum nie.Rugi kalau tak tengok live.Then decide untuk pegi ja reunion tu.Sebab bukan selalu dapat buat gathering macam nie.

Dah lama tak jumpa.Ada yang 7 tahun tak jumpa dan insyaAllah akan jumpa malam tersebut.huhu.Mesti gempak and havoc dengan story yg macam macam.Dah la perangai gila gila memasing. =)

And and and,paling mengusutkan minda this April is.....aku dapat panggilan interview from Imigresen.



20 April 2012

Gilerr cuak.Kalau setakat interview lisan tidak la segubra ini dibuatnya.Tapi ada pulak interview pancaindera dan fizikal.Which mean aku kena lari lari,ada bangun tubi,lompat jauh.Hurgggh!! Tergolek dog la jawabnya..

Udahler aku ni pemaleh bab bab sebegitu.Berat entah lepas ke tidak.Hehew.Mak aku suruh jugak aku pegi.Dya kata mana tau mungkin rezeki akuh dapat kerja tuh.Sekarang kan susah dapat keja.Dah dapat interview ni belasah saja,gomen pulak tuh.

Yeahh,positive thinking!

So sekarang,aku tengah giat joging 5 kilometer tetiap pagi.Tak makan sebulan untuk diet.Okeh tipu.Itu hanya mimpi disiang hari.Muahaha.Aku just bangun pagi and joging slowly area rumah aku.Then pergi lepak dekat sungai,lepastuh snap snap gambar...eh!Joging ke drama??!

Hah,kalau dah perangai macam tu macam mana nak dapat badan taf taf berketul ketul.Huh!Maw larii penemuduga tengok badan aku taf taf nanti. =P


Apapun,hope korang sudi doakan akuh dapat lepas interview fizikal tuh dan insyaAllah sampai ke interview lisan.Aminnn =)

Thanx foe reading.Love u..muah muah muah
♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, April 4, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Kasihan Seorang Perempuan

Assalamualaikum

kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.

#wanita :)







p/s : aku tersangatla tacing baca nie 


♥ With love by Nazeyra ♥

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias