Berupdate di ambang tahun baru.Pada malam last 2011.
Semua orang sibuk wish tahun baru 2012.
Tapi sekarang dah masuk bulan SAFAR,aku tak perasan pulak ada orang wish MAAL HIJRAH hari tue.Kalau ada pown sekerat dua ja.Aku nak berkerat kerat.hehhe,mengada la kan
Dan aku sendiri jugak tidak mengucapkan MAAL HIJRAH hari tu.Ketuk kepala sikit banyak.
Bukan nak kondem tapi nak saling mengingati untuk aku jugak.Aku kan tak berapa nak betul sangat.Kadang kadang masuk air jugak.
Eh,apa aku merepek ni kan?Baru ja mak aku bukak kerepek sebalang bagi aku makan,patutla pown...
Aku pasti peribahasa ni dah melekat kejap dan mantap dalam memori kita kan.Tambah tambah bila kita asyik guna dalam karangan masa sekula dulu.Kalau tak der peribahasa tak cantik la karangan.*cikgu kata.
Aku suka merewang dengan Dayah.Kalau dya ada rumah memang motor dya macam nak memaki dya ja kot.Jalan ja keja.
Dya nie pencinta tegar HIJAU.Aku plak pencinta tegar PURPLE*tapi blog kaler pink,tapi pink adik beradik purple jugakk.Kami selalu fighting pasal warna.Gila!!Pernah tersilap tema dekat sini.
Pernah dya bawak aku pusing roundabout 3 kali.hahah.Apa kes.Kalau ada trafik,memang aku biar dya sorang ja kena cekup.*bagus tak idea aku
Eh,baru teringat.Dya pernah bawak aku naik moto dengan roadtax moto dya MATI!!!
Tapi ada satu hari kami pegi cari kedai komputer,nak baiki ipad mak dya.Tengah sibuk saling mengata sesama sendiri *patutkah?,tiba tiba ada orang datang tanya something.
Orang tu nampak macam bukan orang Perlis la,maybe an outsider but Malaysian.
"Adik,ada kedai gambar nie tak kat cini?*xingat plak nama kedai.Orang tu cakap kedai nie area sini?"
"Rasanya kat sini xder kedai gambar la"
"Ya ka,orang tu kata dekat area sini kedai ni"
"Dekat sini xder rasanya,tapi dekat depan tu ada la*area lain."
"Oh,xpa2.Terima kasih yer dik"
Kami berlalu dengan gembira la kunun sebab dah tolong orang.Tengah mulut pot pet kondem kedai ni,kondem kedai tu,tetibe,terkondem satu kedai yunk bahagian depan dya penuh frame gambar!Nah!
Check kat dalam rupanya tu la kedai gambar yunk orang tu cari tadik.Aisehhh.
Terus lah dari situ dengan muka cuak sambil gelak gelak sebab takut terserempak dengan orang tu balik.Memang lawak la bila ingat balik mende tu.
Kira peribahasa nie macam tak buleyh pakai sangat la.
Malu bertanya sesat jalan.Tapi kalau dah tanya pown dekat orang yunk sesat,macam mana pulak kan??muehehehe
Sakit pulak mata aku bila tengok setengah dp budak pompuan skarang nie.Pakaian,masyaALLAH!!
Hello kawan,berapa banyak kedai kain bukak dekat mesia ni ha.Takkan satu pown tak buleyh beli.Jakel pown buat jualan murah sekarang.Kalau mahal sangat,nuh,MyDin ada,Hari Harimau ada.Ayu Ria pown stok banyak lagi.
Kedai dyorang tak bankrup lagi taw.
Tapi paling menghairankan,orang Islam yang buat dp teruk teruk sangat.Non-Muslim,biasa biasa ja.Dah terbalik pulak dunia akhir zaman nie.
Bila bab nasihat orang,waah,macam dya innoncent sesangat.Dengan bangga riak dan takaburnya,dya kata orang lain buat dp tak senonoh sebab nak kejar HOT.Kalau PIZZA HOT DELIVERY tu tak pe jugak.*ish,lapao pizza pulak.Yang ko tu?!
Takut aku baca benda nie.Takut dengan ALLAH.
Fine if tak nak pakai purdah tu semua.Cukupla tutup aurat or kalau memang dah free hair tegar tu tak payah la amik gambar pakai teruk sangat.Hot pants,singlet,dress singkat.Pastu kepit sana sini,ada yang tersembul,dengan mulut itik.Itik lagi segak habaq hiang.
Aku pegang dengan kata kata IMAM AL-GHAZALI nie,antaranya...
Aku tak kata aku baik sangat tapi just nak tegur je.Bukan semua free hair tu jahat sangat,even yang bertudung lagi jahat.Tapi kalau tak nak orang pandang serong dekat kita,firstly orang tengok pakaian la kan.
Semua orang dilahirkan baik.Tapi masa dan keadaan yang mencorakkan segalanya.
Sama samalah kita berdoa supaya ALLAH bagi kita hidayah dan pentunjuk dalam kehidupan.Semoga DIA sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Tak payah la nak HOT stuff sangat,sebab neraka lagi HOT!!
Ke-merapu-an melanda.Hanya fesbuk tempat aku melepaskah merapu aku dengan cewek cewek fesbuk.
Inilah padahnya bila time sekula,sifat pemalas dah bagai aur dengan tebing.
Bila dah memang tak buleyh masuk sekula,mula la rindu dan tergedik nak pegi sekula.Sudah terhantuk baru tergadah.
Serius weyh,aku teringin nak pegi sekula balik nie.Tiap kali bangun pagi mesti aku fikir bila cuti nak habis.Nak masuk sekula cepat.Kura kura dalam perahu,saja buat buat mahu.
Aku berani la cakap nie,sebab aku tak payah masuk sekula.muahaha.
Awal sangat tak aku nak wish selamat masuk sekula?Saja nak ingatkan korang,sekula dah nak bukak.weeee~~
Eh,geng.Bila nak beli beg sekula kaler purple?Sekula minggu depan ja weyh.Jom jom!
p/s : sorry,peribahasa jauh ayam dari tempat pemanggang!
Dulu meletup bila drama Nora Elena tayang dekat tv.Adaptasi novel Kasih Yang Suci.Rating tinggi kan drama tu.Suka tengok Aaron bawak watak Seth yang memang romantik macam dalam novel.Tapi aku lebih suka hayati cerita dalam novel daripada buat drama nie.Tak der feel la shangat.
Lepas tu meletup pulak filem Ombak Rindu.Gila berbelas juta dye sapu.Langsung tenggelam Twilight Breaking Down Part 1.Ye ke tenggelam??Tah,saja kasi effect sikit.
Then angkat pulak novel Bicara Hati masuk tv.Yang ni aku suka sebab watak Tengku Syahran dipegang oleh Shanaaz.Mr Kacak aku tuu.
Tapi tapi tapi,macam mana dyorang nak adaptasikan part part terlarang dalam novel tu?Musykil,kalau nak potong memang lari la jalan cerita.Nak buat jugak??Bukan jalan citer yang lari,penonton yang lari,or dyorang tunggu lagi.iskh3
Usha sikit Tengku Syahran aka Mr Kacak aku yang hensem nie.Suwiitt!!
Baca paper tadik,rupanya drama baru yang akan ganti Tentang Dhia Januari nanti diadaptasi dari novel jugak.Gemersik Kalbu.Aiiseh!!Aku dah baca novel novel nie semua.Memang best seller.Jalan citer pown ok,tak der la part sensitip sangat.Masuk drama macam mana la pulak kan.
Tapi agaknya trend sekarang nie angkat kisah novel buat drama or filem.Amacam tuan director??Takkan kering idea kot??!Suka angkat novel yang dah memang hot masuk filem.Cuba angkat novel yang tak hot tapi jalan citer bagus masuk filem.Kalau tak bagus,tuan director kasi la idea bagi lebih bagus.Dua dua nama meletop,nama director dengan nama penulis.Kan bagus tu.
Oh ya,kalau nak novel lagi hot,cuba adaptasikan novel Kau Yang Satu.Hah,itu baru hot.Jalan citer menag hot dengan part 'seram'.hahaha.Padan la budak asrama memang minat dengan novel nie.Betul kan budak asrama?!?Aku yang bukan budak asrama pown layan.Gila kauu!Dengan part robek perut keluarkan baby dalam perut tu.Ishh,geli seyh!!
Senag cakap,kasi angkat semua novel la.Ubah sikit sikit lepas tu meletup kebabooo!
Bercakap pasal jodoh.Selalu aku baca entry pasal jodoh jodoh nie dekat blog jiwa jiwa dengan blog pilihan hati.Terbaik la entry dyorang.Memberi inspirasi dan semangat untuk aku,tak kira soal cinta atau kehidupan.Lap u lah.
Aku nak pasal jodoh nie bukan reti sangat.Tapi bila ternampak status sorang frenz aku nie,aku rasa macam nak ulas sikit.Nak tukar tune Ustajah Bahiyah pulak.Boleh?!
Oh,lebih kurang cam gitu la status dyer.Harap harap dyer tak baca la blog aku.Kalau kau baca,ini saja je aku nak bagi pendapat.Jangan marah kay.
Sebab bagi aku,memang dah elok sangat bila...
Dya kata lelaki yunk jahat kena dengan pompuan yunk baik untuk pompuan tu ubah lelaki tu.Tapi bagi aku,untuk ubah diri ke arah kebaikan tak payah tunggu dari orang or orang tolong.Diri sendiri kena kuat azam.
Kalau pompuan tu baik sekalipun,tutup aurat,jaga solat tu semua tapi kalau hati si lelaki tak dapat hidayah dari Allah,memang tak berubah.Kalau hati kata tak nak memang tak berubah la jawabnya.Pokok pangkalnya hati,hati beb!
Ini hukum karma babe!Dah jahat ko dapat la pompuan yunk 'setaraf'' dengan ko.Kalau ko baik,insyaAllah ko akan dapat jodoh yunk 'setaraf' dengan ko jugak.
Tak payah tunggu orang baik untuk jadi baik k.
Tapi berdoalah kita dapat jodoh yunk terbaik untuk kita yunk selayaknya dengan diri kita nie.Aminn.
Hari nie compem tengah bising pasal result PMR kan?So,nak ucap tahniah dekat sepupu sepupu ku gengster nie.Dapat result gempak gempak semua.Tahniah la naa.
Dari kiri Mimie,Adib, and Tasha.Kami kamcheng bebe!
Mimie - 8A
Adib - 7A 1B
Tasha - 8A
Dua pompuan tu satu sekolah.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu,Kedah.Sekolah baru tuu.Kira dyorang batch terawal la.
Dari kecik dyorang memang together gether.Tadika,sekula rendah,sampai sekula menengah.Dapat result pown sama sama bagus.Caya laa.Agak agak u nanti nak sekali ke??heheh
Yang si lelaki tu duduk Gopeng nun.Orang Perak yob.Walaupun dapat 7A tapi terbaik la tu.Dya nie pendiam jer makin besao.Tak macam dua pompuan yunk banyak mulut tu.Plus aku sekali la.
'B' si Adib nie BI.Banyak aku dengar kalau 'B' tu mesti BI punya.Nape ha??BI kan best.Aku suka doe.hehhe.Alhamdulillah aku dapat 'A' BI.
Tapi MUET..erk!!Band 3 ,ok what!kan kan.
Dah la membebel.Tahniah sekali lagi buat 3 sepupu ku ini.Belaja rajin rajin untuk SPM pulak.InsyaAllah tak ada hadiah untuk korang.ahaks.Korang tau aku kedekut kan.
At last I meet them yesterday.I'm very the rindu with korang.Although,it's only a few day we did not meet.
Macam mana nak tahan sampai berminggu minggu nie?!?
Really miss the joy,happiness,teribble,horrible,and the moment we had together...
cross county
the picnik
bergediks di padang
tetibe jadi cikgu
the merewang
sleeping beast beauty
our last day
the graduation,damm sweet!!
our beloved teacher's besday
the guy,korunk baik sgt dgn kami.. <3
playing truant,ahaks
the pre wedding raya
Gila aku rindu dekat korunk.The guy yunk baik hati.Baik la shangattt!Eh,baik laa.Waktu pindah kelas,bukan gegurl yunk sapu sampah,tapi boboi yunk sapu.Sweet la korunk.
Rindu time kena marah dengan cikgu.Kena marah dengan pengetua sampai 2 jam berdiri.hehhe.Berapa kali kita kena denda and marah together gether kan?Honaq gila kita ni,dari awal tahun sampai habis STPM mana pernah seriuss!
Kalau kita dapat masuk U sekali,agak agak havoc tak??Habis la lecturer dengan perangai kita kan.
Hope the friendship will last forever.Damm love u all.And god bless us for the STPM.
Hari ini bersama cikgu Umie.Cikgu BM yunk gedik nak ajar BM padahal sebelum ni kelas BM dan kelas lain selalu tuang.Hari nie tajuk pelajaran kita ialah "HIPERBOLA".Bukan bola bola cinta ya.
"HIPERBOLA"merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.Maknanya ayat yunk buat teruk!
Banyak sangat "HIPERBOLA" dalam hidup kita nie kan.Ni nak kasi contohnyerr...
1.Kalau nak mengadu sakit ke hape,sakit sikit jer tapi cakap buat teruk lebih."Weyh,aku sakit perut macam nak mati woo".Mati betul baru kau tahu kan.Cuba la istighfar or pegi makan ubat dari dok maki maki dekat perut tu kan.
2.Time panggil orang,orang tu pulak buat pekak spesis badak tanah.Baru panggil 3 kali dah naik semak cakap kawan tu pekak."Dah berpuluh kali aku panggil hang,awat yunk pekak badak tanah sangat".See?!?Tak lenguh aih mulut tue panggil banyak kali pown.Baru 3 kali.
3."Lautan api sanggup ke renangi demi cintamu.Kaulah hidup dan matiku".*status fesbukk semua ni.Ayat jiwang tak hengat,berani ker nak renangi lautan api tu.Cuba berenang dari Kuala Perlis pegi Langkawi tengok.Ada bran?Oh,dya lupa tambah ayat tu,"...lepas hujan".
4."Sayang,ling sanggup tunggu sayang sampai bila bila.Biar beribu tahun lamanya.."Ada harapan ke nak hidup seribu tahun lagi??Erk..
Ayat ayat cinta nie semua memang manis didengar,tapi bila fikir balik..Ya Allah,betapa tipunya ayat tu!!"HIPERBOLA" jer lebih tu.Adat la kan,ayat BM kan puitis.
Cikgu Rasidah dan Cikgu Harishah,sila bangga sekejap *sat pown jadila dengan anak murid cikgu nie.Tetibe nak ganti cikgu pulak kan.