Geng (s)

Monday, January 30, 2012

Rindu tahap apakah??

Assalamualaikum





Nak balik sekolah! Nak balik sekolah! *sambil hentak hentak kaki,muka gelebek macam cekodok basi

Tapi tak mao belajar,nak duduk meyembang dalam kelas ja.*buleyh???!



♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, January 28, 2012

"Nelly The Strange sudah buka bloglist baru untuk saya !"

Assalamualaikum






Oh yeahhh! Sapa kenal Elvy Nellysha??Kompem ar tak kenal.

Sapa kenal Nelly The Strange??? Hah,dah kenal la tuew.

Hewhew,Nelly dah bukak bloglist baru la pulak tahun 2012 nih.So sapa nak join meh la.Sangat best dya punya blog.Tak caya sudahhh...

Aku dah pown menjadi pen-follow blog Nelly nie.*ayat ni kompem buat bm failed




Dan aku nak tag Iman,Nana Liena,dan WanieLovela.
♥ With love by Nazeyra ♥

Oh yeahh AJL

Assalamualaikum




Sempena AJL 26 :

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika.
Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba.
Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu ka...u sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu.
Benarlah kata orang tua, "
KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya... ^_~

Okeh,aku solute ke-kreatif-an engkau nie.Sapa yang create aku tak sure but..

credit to Blue Moon 
♥ With love by Nazeyra ♥

Thursday, January 26, 2012

Perlembagaan Sosial

Assalamualaikum


Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta..mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta..Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni..
nampaknya Rosni tidak membantah..Beberapa minit kemudian..
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas...
Rosni masih tidak membantah...hinggalah akhirnya ketika
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..
Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannyamenjauhi Rosni..
walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya:

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"
Hamid: (dlm hati: ciss....).....





p/s: macam bangang
♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Pesta Seloka FB

Assalamualaikum




PANTUN FB PUNYA ANGKARA

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya....

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada...

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera..




Credit untuk pencipta seloka nie.Cayalahhh!! ^_~



♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, January 23, 2012

Tolong JAKEL! Tolong bagi jobs untuk kami!

Assalamualaikum


Oh yeah,lepas entry gila aku terlebih rajin mengupload dengan kadar super duper lembap gambar yang seterusnya pulak.

Ini kira potfolio la untuk mintak keja part time dekat JAKEL.Aku hanya photographernya sahaja.Sebab aku teeeeerrrsangatlaaa kurang suka bergambar.heeee,

Inchik JAKEL,tolong la judge model model tak cukup umur dan pengalaman nie,yang ada hanya la 'perah santan' aka 'perasan'!



750 hinggit ja untuk 3 orang??laii laiii.Sapa maw?!? =P



photographer hanya menampakkan sisi gelapnya tepinya sahaja.


Gambar ini diambil selepas 40 hari berpantang tak tengok cermin macam KUM KUM.Jangan risau,mereka tidak akan jadi seperti  ~tangan didada,mata ke atas.juling~



Kain dekat JAKEL tak cun pown.Ooopss!Tapi kain lace yang buat baju pengantin tu aku suka.macam nak beli jaa. Haipp!Taboh maw


Model dan photographer yang keletihan.Duduk dalam hujan sebenarnya tu.Selsema sampai sekarang!!



Merewang dekat City Plaza.Macam orang gila jadikknya dalam tuh.Hingaq habaq haang!!



Makanan yang disponsor oleh mak Diana.Akibat keletihan kutip gambar,kami terjah la TESCO untuk kutip lemak pulakk.Weeeee~~

Lepas tu berhambus balik Perlis.Tapi tak balik rumah lagii.Pegi posing dekat tepi traficc light.Eh,ada dataran okeh,bukan betul betul tepi trafic light.

Naya la tepi trafic light,tak pasal pasal polis trafik pula yang bertandang.





Motip sebenarnya nak tunjuk gelang.Kami rembat sama sama dekatttt...err...dekat...aku tak ingat kat mana.Hhahaa =P

11.30 baru sampai rumah.Anak dara apa nih??Aku jarang keluar rumah dengan kawan balik malam kot.Kadang kadang jer.Mak jangan marah yerr? Peace ^_~




p/s : Abang dekat JAKEL jeles tngok kami kutip gambar,huih!



♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, January 21, 2012

Cara Allah

Assalamualaikum


Baca status Sir aku tadi.Waaa,tak sangka Sir aku ni puitis.

Cayaalah Sir!!Ingatkan terer ajar English jerr,hihihi.


Aku meminta kepada Allah setangkai bunga yang segar,Dia beri kaktus berduri.Aku minta kupu kupu diberiNya ulat berbulu.Aku sedih dah kecewa.Namun kemudiannya,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu kupu yang sangat cantik.Itulah jalan Allah,indah pada masaNya!Allah tidak memberi apa yang kita harapkan.Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.Kadang kala kita sedih kecewa dan terluka.Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita...

Hebat tak hebat kuasa Allah.

Terima kasih ALLAH




♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, January 20, 2012

Gila dengan mereka

Assalamualaikum


Yeah,rasa sangat malas untuk menaip.Sebab saya bukan suka menaip macam sis Nisa Kay tu..huhu.

Tapi tapi tapi,kemarin aku puas buat gila dengan mereka mereka iaitu sayangs sayangs aku Diana,Ahine n Sarah.Buat gila dekat bank uuu!!

Sebelum tu curik curik masuk dalam sekula sebab nak amik markah kokurikulum.Kalau bukan sebab kena isi untuk UPU memang tak ah nak balik sekula,seggan aih!Dah la terpaksa melarikan diri sembunyi dekat tandas bila dengar suara 'mummy' kami.

Serius cuakk kan Diana?Yang 2 lagi bersenang lenang dalam kereta.Eeee.,aku cepuk kang!haha

Lepas tu kan,kami pegi bank.Aku amik 2 nombor,kunun 1 nombor untuk 2 orang laa.Tapi kan,,dyorang beli nombor pin tu sekali gus.Nombor yang satu lagi free.

Yaaaa,dua kali kaunter menjerit memanggil nombor yang aku pegang.Tapi kami masing masing buat muka huduh nak tahan gelak.Terutama sekali tuan yang menulis.Huh!

Kenapa kita sangat suka buat gila walaupun di tempat awam.Tapi best la weii sebab lama tak buat gila macam nih.Jom la buat selalu.

Dan kemarin start keluar pukol 1 sampai balik umah 11.30 malam aku kena kucaii teruk dengan sayangs sayangs aku nih.Aku taw korang lepas geram sebab sebelum ni aku yang selalu kucai korang kan kan.Buwearkkk! =P

FYI,'kucai' disini bukan daun kucai yang orang buat cucur udang tu yer.Bukan jugak yang sinonim dengan perkataan 'mengacau',iaitu perbuatan seperti mengacau daun kuah dalam periuk or anything sewaktu dengannya.*malas pulak nak cari maksud sebenar dalam kamus dewan edisi kelapan.Kucai disini bermaksud seperti mengusik or bermulut puaka terhadap masing masing.

Aku kena usik sampai blushing kemarin!Huarrrgghh!

Takpa takpa,aku redha ja kemarin.Nanti aku kucai korang lagi terukkk.Grrrr.Muka marah kalah angry bird nih.Mak korang marah ni.Tapi aku taw,korang tak pernah takut dengan mak ni kan.Sedihhh :(

Takpa takpa,aku sambung lagi cerita nie nanti.Cerita dimana kami bergedik selain Jakel.Sampai pukol 11 kami balik dan aku tak text dengan Mr. Shy aku.Huhuhu.


muka pantang nampak kamera n cermin

Kenapa la korang taknak jadi kum kum.40 hari tak payah tengok cermin,heheh

Sudah sudah la merapu Umie.Babaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


to be continued here...


♥ With love by Nazeyra ♥

Tuesday, January 17, 2012

Quote

Assalamualaikum




Quote today


Orang yang baiklah yang kita mesti lebih berhati-hati,kerana kita tidak tahu betapa jahat yang dya boleh buat


Berhati hatilah ketika memandu! *lempang
♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, January 16, 2012

Mari kita shuffle

Assalamualaikum






Agak agak inikah yunk dipanggil pengaruh budaya luar??

Gila tak gila!!

Aku tabikk springggg dekat budak pompuan yunk shuffle dalam video atas nie.Terbaikk ahh!


p/s : rosak!! rosak!!


♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, January 14, 2012

Mesti pernah buat kan kan??! Jangan tak ngaku!

Assalamualaikum




Korang mesti pernah buat kan benda benda dekat bawah nie?Aku yang baca pown rasa eh,betulla aku pernah buat.Rasa cam ngong jugak dulu dulu.Hheheh


Perkara yang semua orang lalui masa zaman kanak2


1) buka kipas..bercakap depan kipas.suara bertukar. bangga siut. siap nyanyi lagi.

2) buka peti ais. pastu buat eksperimen. tutup pelan pelan. nak tgk lampu dlm tu terpadam

3) naik kereta waktu malam. tengok bulan. pastu ingat bulan ikut korang.

4) nampak helikopter @ kapal terbang. siap lambai. beranggapan org tu nampak korang.

5) naik basikal. dapat lepas 2 2 tangan. rasa mcm dah pro.

6)bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah comfirm,burung bentuk M mmg dah wajib

7) kalau lori@van milo datang kat sekolah. happy sangat. dapat minum free.

8) waktu rehat, suka lepak kat longkang.

9) main zero point masa timerehat. 
10) main tiang time rehat


Korang nombor berapa?Aku pernah buat semua.Dah budak budak.....
♥ With love by Nazeyra ♥

Thursday, January 12, 2012

I miss Samy Vellu (- ______-)'

Assalamualaikum


Benda ni dah lama kot,tapi aku tetap nak share.

Kata kata Samy Vellu yang melucukan tapi itu yang bestt!!


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"


  Bukan nak kutuk tapi seronok dengan cara dya.Miss Samy Vellu!! boleh???!hahahah


♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Blues

Assalamualaikum


Mandi pagi tadi *sbnrnya dkat tgh hari dah  tetibe teringat perangai tak senonoh aku dengan kazen aku dulu dulu.Zaman pra-matang.Walapun umor dya tua dari aku,tapi perangai sama ja budak budak dengan aku nie. =P

Kami memang kamceng kalau dah jumpa.Mandi pown nak sekali.Tapi nak jer ek,bukan mandi sekali pon.Tak maw aku mandi dengan bukan muhrim.Eh,melalut sudah.Kazen aku pompuan okay.Gila nak mandi dengan kazen lelaki?!?Kecik kecik biasa arr,time otak tak leh fikir lagi tuu *amboii ayat.

Dekat kampung dulu semua rumah kami nak masuk mandi.Rumah nenek aku tengah tengah,tepi tu ada 2 buah rumah mak saudara kami.So,semua rumah kami nak try mandi.Teruknya perangai.

Sekali ada pagi tu,eh,dekat tengah hari jugak la *smpai sekarang dya mandi tgh hari,aku pon,haha kami decide nak mandi dekat umah mak saudara aku.Dah tak nak mandi sekali kena amik turn la kan.Dya masuk mandi dulu.Aku masuk jambam sebelah tu ha.Tiba tiba dengar dya menjerit...

#  loghat Kedah sikit naa.

"Woiii,sejuknya ayaq"

"Hahaha,biasa la wei pagi pagi,tapi pagi la shangat kan"

"Tapi sejuk weii,hahah"

"Hang mandi pakai apa?"

"Tak pakai apa pon"

"Cisss,tak guna."


Hehehe,to my kazen.Jangan marah ek.Aku tetiba ja teringat benda ni,tak taw la ko ingat ke idak lagi.Tapi ko tak pernah baca belog aku kan,so rasa selamat di sini. =P



Moral of the story : ?#$#%^#@$%

p/s : hang buat lagi tak macam tuu??hahah
♥ With love by Nazeyra ♥

Sunday, January 8, 2012

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Assalamualaikum


Entry copy paste tanpa edit dari page Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam.


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia 

melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!





♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, January 7, 2012

Misteri Buku = ='

Assalamualaikum




Aku budak form 6 SMKDSA cari sendiri sekula apa
tapi tapi tapi,apa kejadahnya buku Business Mathematics for UITM ni dekat aku
bhahahahha

Tiba tiba masa kemas buku buku form 6 aku terjumpa buku nie
berapa puluh tah aku beli
tak terusik pown
memang suci dalam debu ah buku ni
aku tulis nama ja kot kat dalam tue,hikhikhik

Misteri!Misteri!
Kawan kawan aku jer yunk tau apa kejadahnya buku ini ada dalam tangan aku
*sambil buat tangan Karam Sigh Walia

Eh,ZF taw kot..hahahha


p/s : misteri la sangat kan


♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, January 6, 2012

Lelaki Akhir Zaman

Assalamualaikum


Jadilah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang yang berjuang di jalan ALLAH


Jadilah seorang lelaki
yang sentiasa bersedia menjadi imam
yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya

Jadilah seorang lelaki
yang tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca Al-Quran
suaranya lesu kerana penat berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya Subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan


Jadilah seorang lelaki
yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Jadilah seorang lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan nikmat akhirat bersama ALLAH!!





Khas untuk lelaki.Bimbinglah kami,wanita!!



♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday..Aku jumpa sijil kawin aku!!

Assalamualaikum





Apakah ini??Buat tak tahu pulak kan?Baca sendiri arr.

Masa tengah kemas buku buku dalam bilik tadi yang sepatutnya dah sebulan lepas buat,tiba tiba terjumpa pulak sijil kawin nie.Haiishh,Lemah den.

Bila memikirkan yang aku pasti akan kena jugak pergi kursus kawin tu ,eh,PLKN tuu memang lemah semangat.Sebab haritu aku tangguh ja sebab bagi surat tawaran masuk universiti.

Lepastu dya suruh hantar lagi surat pengesahan penangguhan kali kedua.Aku boleh buat buat lupa pulak.heheheh

Kalau aku hantar surat pengesahan yang aku study form 6 memang aku rasa tahun nie aku dapat la pergi tempat serram tu.Tak mau tak mau!

Tapi kalau dipanggil jugak lepas nie....tsskkk...doakan aku ada seribu alasan nak bagi.

Dah,byeee


p/s : kalau sijil kawin betul xpa la jugak


♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, January 2, 2012

I got lembu nak jage..

Assalamualaikum


Lagu ini ditujukan khas kepada sahabatku Ahine,tokey lembu tuu.Ko suka lembu lembu ni kan??Wearrkkk,jangan marahh ek.Kalau marah pown aku tak kesah.bhahahaha.



Lawak siot lagu nie masa aku tengok MHI pasang pagi tadi.Hahahaha

Dan aku nak tujukan lagu untuk ZIKIR aku jugak.Ingat Dhia sorang ada Zikir,aku pown ada gak taw.Nah Zikir!!




Babaiii

p/s : tahun baru ni aku makin gatai nooo,bhahahaha


♥ With love by Nazeyra ♥

Sunday, January 1, 2012

Quote today

Assalamualaikum


This new year quote

WOMEN FORGIVE BUT THEY NEVER FORGET


Setuju??!Tolong jangan angguk kepala.
♥ With love by Nazeyra ♥

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias