Geng (s)

Wednesday, September 26, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Dah tak laju laju

Assalamualaikum

Weyyy,skarang tak dapat online laju laju dalam bilik.Sebab wifi dekat blok aku ada problem menatang apa tah.huh.Seyes geram.Kena turun bawah,cafe baru boleh online.

Nak masuk Learning Zone tengok nota pon tak boleh,bukak fb dengan blog lagi la (eceh).hehe.Blog dengan fb tu yang penting.Study tu,hmmmm..haha.Sama penting la kiranya.Duduk dalam bilik dengan rumet tanpa internet memang macam orang bengong.


Dah la cos sangat tough.Fully English tu okey la lagii tapi subjek susah susah la.Tak taw dapat follow ke tidak.Mintak mintak aku boleh buat.

Go go chaiyokkkkk



p/s : Khairul Fahmi Che Mat dekat sini tak sepet -_- haha

p/s : kat sini aku keja makan tido jer wey,kunun nak diet,harammmm





♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, September 10, 2012

The begining

Assalamualaikum

Minggu ni start kuliah.Jadual hari Isnin dan Khamis sangat pack.Dari 8 pagi smpai 3.30 petang,non stop!

Itu okay lagi,yang tak okaynyer bila kena ulang alik dri dewan 3 ke dewan 6 lepas tu dewan 3 balik then dewan 6 pulak.Tak sampai sebulan kurus aku dibuatnya.Sakit tumit derr.

Yang rilek hari Ahad dengan Selasa sebab 1 kelas ja.Hari Rabu free terus,hahaha.Ada yang jeles kot.

Kelas Political Science dapat lecturer from Zimbabwe.Mana tahan beb!Memang la aku faham English tapi slank Zimbabwe dya tu pekat sangat.Confius confius!

Dr. Knocks nama dya.Dya cakap mak dya tak pandai English dulu,sebab tu terbagi nama Knocks.Naseb ada 's'.Hahaha.Meh ketuk ketuk.

Yang tak menahannya,subjek Modern World History aka Sejarah la kiranya,kena belajar dalam English.Giler mana nak faham bhaiii.Masuk bilik kuliah tu ja pon dah ada aura negatif,mengantuk.Ini pulak kena belajar Sejarah plus in English.Dah la lecturer strict nak mampos.

Dengar dengar dya cakap 1 soalan kena jawab dalam 10 ke 15 pages.Nahaaaaiiii!



p/s : petang Selasa balik rumah sb Rabu free.Yeaahh!!


♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, September 8, 2012

COLGIS,bukan COLGATE

Assalamualaikum


Dah lama tak blogwalking sejak daftar hari tu.Rindu blog kot.huhuhu

Minggu suai kenal yang sangat tired.Naik bilik pukul 1 pagi lebih,lepas tu iron baju dengan mandi siap siap untuk esok.Malas berebut bilik air pepagi buta nanty,haha.Elok tak perangai??

Yeww,sehari berulang alik dekat 5 to 6 kilometer jugak kot.Dengan kawasan UUM yang berbukit,feeling feeling hiking disitu.

Aku dapat asrama kelamin.Eh???Hahaha,mula mula tengok nama rumet memang terkejut sebab nama dya Shah.Rupanya Shah Norazyanti.Bikin cuak saja.Budak Perlis jugak.

Kami di DPP Bank Muamalat iatu satu satunya kolej penginapan perempuam sahaja.No men allowed!

Aku course Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (International Affairs Management or InTaff).Fakulti COLGIS bukan COLGATE!!Ada budak international,dari Indon n Somalia! (nmpak gigi jeeer)Mati laa kalau kena satu group dengan dyorang.Dah la semua subjek dalam English.

Kat bawah ada gambar masa karnival sukan UUM.Gambar kena raging tak amik pon sebab sibuk sangat berjalan merata tempat.Campus tour.




Ramai gila budak pantai Timur sini.Aku pon dok ghoyak Klate dah kat sini.Kat bawah ni minah pantai Timur la.

Puteri UMNO katanya...padahal cheers untuk netball

Kelantanese di tgh,kanan sekali rumet aku

Gambar bawah ni kami tidor dekat gelanggang futsal time lelaki pegi solat Jumaat.Letih,semua tidor terlentang dekat situ.



Woot.Hari ni last day minggu suai kenal.Kena buat  BAKSIS (bakti siswi).Kira macam khidmat masyarakatla.Dekat perkampungan tradisi dekat UUM ni.Nanty la aku story mory,gambar pon banyak,hehe.

Nak turun makan dulu,minggu ni makan free,minggu depan siap duit la!!

Bye bye bye


♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, September 3, 2012

Hello UUM

Assalamualaikum

Baru daftar.Kat bilik makan sengsorang sekarang ni,huhu.

UUM,please be nice.

Lepas ni minggu mesra siswa pulak,adoii..

Tapi line broadband dekat sini nala punya laju,hekhek.Boleh update selalu la.

Daaaa
♥ With love by Nazeyra ♥

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias