Geng (s)

Saturday, December 31, 2011

31.12.2011

Assalamualaikum


Berupdate di ambang tahun baru.Pada malam last 2011.

Semua orang sibuk wish tahun baru 2012.

Tapi sekarang dah masuk bulan SAFAR,aku tak perasan pulak ada orang wish MAAL HIJRAH hari tue.Kalau ada pown sekerat dua ja.Aku nak berkerat kerat.hehhe,mengada la kan

Dan aku sendiri jugak tidak mengucapkan MAAL HIJRAH hari tu.Ketuk kepala sikit banyak.

Bukan nak kondem tapi nak saling mengingati untuk aku jugak.Aku kan tak berapa nak betul sangat.Kadang kadang masuk air jugak.

Eh,apa aku merepek ni kan?Baru ja mak aku bukak kerepek sebalang bagi aku makan,patutla pown...

Daa,HAPPY NEW YEAR!eh eh




♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, December 30, 2011

"Malu bertanya sesat jalan.."

Assalamualaikum




Aku pasti peribahasa ni dah melekat kejap dan mantap dalam memori kita kan.Tambah tambah bila kita asyik guna dalam karangan masa sekula dulu.Kalau tak der peribahasa tak cantik la karangan.*cikgu kata.

Aku suka merewang dengan Dayah.Kalau dya ada rumah memang motor dya macam nak memaki dya ja kot.Jalan ja keja.

Dya nie pencinta tegar HIJAU.Aku plak pencinta tegar PURPLE*tapi blog kaler pink,tapi pink adik beradik purple jugakk.Kami selalu fighting pasal warna.Gila!!Pernah tersilap tema dekat sini.

Pernah dya bawak aku pusing roundabout 3 kali.hahah.Apa kes.Kalau ada trafik,memang aku biar dya sorang ja kena cekup.*bagus tak idea aku


Eh,baru teringat.Dya pernah bawak aku naik moto dengan roadtax moto dya MATI!!!

Tapi ada satu hari kami pegi cari kedai komputer,nak baiki ipad mak dya.Tengah sibuk saling mengata sesama sendiri *patutkah?,tiba tiba ada orang datang tanya something.

Orang tu nampak macam bukan orang Perlis la,maybe an outsider but Malaysian.

"Adik,ada kedai gambar nie tak kat cini?*xingat plak nama kedai.Orang tu cakap kedai nie area sini?"
"Rasanya kat sini xder kedai gambar la"
"Ya ka,orang tu kata dekat area sini kedai ni" 
"Dekat sini xder rasanya,tapi dekat depan tu ada la*area lain."
"Oh,xpa2.Terima kasih yer dik"

Kami berlalu dengan gembira la kunun sebab dah tolong orang.Tengah mulut pot pet kondem kedai ni,kondem kedai tu,tetibe,terkondem satu kedai yunk bahagian depan dya penuh frame gambar!Nah!

Check kat dalam rupanya tu la kedai gambar yunk orang tu cari tadik.Aisehhh.

 Terus lah dari situ dengan muka cuak sambil gelak gelak sebab takut terserempak dengan orang tu balik.Memang lawak la bila ingat balik mende tu.

Kira peribahasa nie macam tak buleyh pakai sangat la.

Malu bertanya sesat jalan.Tapi kalau dah tanya pown dekat orang yunk sesat,macam mana pulak kan??muehehehe 


p/s : Dayah,saja aku nak kata dekat hang..bhahaha


♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, December 28, 2011

WW : Best Freinds

Assalamualaikum

They are best friend forever *maybe,haha



Jangan tertukar habitat sudah.

Kambing naik pokok,monyet masuk kandang!!

Daaa ~~



♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, December 26, 2011

Neraka lagi HOT la sayangs...

Assalamualaikum


Sakit pulak mata aku bila tengok setengah dp budak pompuan skarang nie.Pakaian,masyaALLAH!!

Hello kawan,berapa banyak kedai kain bukak dekat mesia ni ha.Takkan satu pown tak buleyh beli.Jakel pown buat jualan murah sekarang.Kalau mahal sangat,nuh,MyDin ada,Hari Hari mau  ada.Ayu Ria pown stok banyak lagi.

Kedai dyorang tak bankrup lagi taw.

Tapi paling menghairankan,orang Islam yang buat dp teruk teruk sangat.Non-Muslim,biasa biasa ja.Dah terbalik pulak dunia akhir zaman nie.

Bila bab nasihat orang,waah,macam dya innoncent sesangat.Dengan bangga riak dan takaburnya,dya kata orang lain buat dp tak senonoh sebab nak kejar HOT.Kalau PIZZA HOT DELIVERY tu tak pe jugak.*ish,lapao pizza pulak.Yang ko tu?!

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALLAH di akhirat,tetapi ALLAH akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah didunia ini dengan istiqamah

Takut aku baca benda nie.Takut dengan ALLAH.

Fine if tak nak pakai purdah tu semua.Cukupla tutup aurat or kalau memang dah free hair tegar tu tak payah la amik gambar pakai teruk sangat.Hot pants,singlet,dress singkat.Pastu kepit sana sini,ada yang tersembul,dengan mulut itik.Itik lagi segak habaq hiang.

Aku pegang dengan kata kata IMAM AL-GHAZALI nie,antaranya...

1.Apabila melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

2.Jika melihat orang jahat,jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Aku tak kata aku baik sangat tapi just nak tegur je.Bukan semua free hair tu jahat sangat,even yang bertudung lagi jahat.Tapi kalau tak nak orang pandang serong dekat kita,firstly orang tengok pakaian la kan.

Semua orang dilahirkan baik.Tapi masa dan keadaan yang mencorakkan segalanya.

Sama samalah kita berdoa supaya ALLAH bagi kita hidayah dan pentunjuk dalam kehidupan.Semoga DIA sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.

Tak payah la nak HOT stuff sangat,sebab neraka lagi HOT!!

Nitezz   >.<" Zzzzzz
♥ With love by Nazeyra ♥

Sunday, December 25, 2011

Merapu sekejap

Assalamualaikum




Ke-merapu-an melanda.Hanya fesbuk tempat aku melepaskah merapu aku dengan cewek cewek fesbuk.

Inilah padahnya bila time sekula,sifat pemalas dah bagai aur dengan tebing.

Bila dah memang tak buleyh masuk sekula,mula la rindu dan tergedik nak pegi sekula.Sudah terhantuk baru tergadah.

Serius weyh,aku teringin nak pegi sekula balik nie.Tiap kali bangun pagi mesti aku fikir bila cuti nak habis.Nak masuk sekula cepat.Kura kura dalam perahu,saja buat buat mahu.

Aku berani la cakap nie,sebab aku tak payah masuk sekula.muahaha.

Awal sangat tak aku nak wish selamat masuk sekula?Saja nak ingatkan korang,sekula dah nak bukak.weeee~~



Eh,geng.Bila nak beli beg sekula kaler purple?Sekula minggu depan ja weyh.Jom jom! 

p/s : sorry,peribahasa jauh ayam dari tempat pemanggang!


♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, December 24, 2011

Semua kasi angkat

Assalamualaikum


Dulu meletup bila drama Nora Elena tayang dekat tv.Adaptasi novel Kasih Yang Suci.Rating tinggi kan drama tu.Suka tengok Aaron bawak watak Seth yang memang romantik macam dalam novel.Tapi aku lebih suka hayati cerita dalam novel daripada buat drama nie.Tak der feel la shangat.


Lepas tu meletup pulak filem Ombak Rindu.Gila berbelas juta dye sapu.Langsung tenggelam Twilight Breaking Down Part 1.Ye ke tenggelam??Tah,saja kasi effect sikit.


Then angkat pulak novel Bicara Hati masuk tv.Yang ni aku suka sebab watak Tengku Syahran dipegang oleh Shanaaz.Mr Kacak aku tuu.

Tapi tapi tapi,macam mana dyorang nak adaptasikan part part terlarang dalam novel tu?Musykil,kalau nak potong memang lari la jalan cerita.Nak buat jugak??Bukan jalan citer yang lari,penonton yang lari,or dyorang tunggu lagi.iskh3
Usha sikit Tengku Syahran aka Mr Kacak aku yang hensem nie.Suwiitt!!


Baca paper tadik,rupanya drama baru yang akan ganti Tentang Dhia Januari nanti diadaptasi dari novel jugak.Gemersik Kalbu.Aiiseh!!Aku dah baca novel novel nie semua.Memang best seller.Jalan citer pown ok,tak der la part sensitip sangat.Masuk drama macam mana la pulak kan.


Tapi agaknya trend sekarang nie angkat kisah novel buat drama or filem.Amacam tuan director??Takkan kering idea kot??!Suka angkat novel yang dah memang hot masuk filem.Cuba angkat novel yang tak hot tapi jalan citer bagus masuk filem.Kalau tak bagus,tuan director kasi la idea bagi lebih bagus.Dua dua nama meletop,nama director dengan nama penulis.Kan bagus tu.

Oh ya,kalau nak novel lagi hot,cuba adaptasikan novel Kau Yang Satu.Hah,itu baru hot.Jalan citer menag hot dengan part 'seram'.hahaha.Padan la budak asrama memang minat dengan novel nie.Betul kan budak asrama?!?Aku yang bukan budak asrama pown layan.Gila kauu!Dengan part robek perut keluarkan baby dalam perut tu.Ishh,geli seyh!!


Senag cakap,kasi angkat semua novel la.Ubah sikit sikit lepas tu meletup kebabooo!

Dah,babaii sayangs >.<


♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, December 23, 2011

Bercakap pasal jodoh

Assalamualaikum


Bercakap pasal jodoh.Selalu aku baca entry pasal jodoh jodoh nie dekat blog jiwa jiwa dengan blog pilihan hati.Terbaik la entry dyorang.Memberi inspirasi dan semangat untuk aku,tak kira soal cinta atau kehidupan.Lap u lah.

Aku nak pasal jodoh nie bukan reti sangat.Tapi bila ternampak status sorang frenz aku nie,aku rasa macam nak ulas sikit.Nak tukar tune Ustajah Bahiyah pulak.Boleh?!

Lelaki yunk jahat untuk wanita yunk baik.Dan sebaliknya.Sebab wanita yunk baik tu buleyh mengubah lelaki yunk jahat ke arah kebaikan.Jika baik bertemu baik,jahat takkan berubah sampai bila bila.


Oh,lebih kurang cam gitu la status dyer.Harap harap dyer tak baca la blog aku.Kalau kau baca,ini saja je aku nak bagi pendapat.Jangan marah kay.

Sebab bagi aku,memang dah elok sangat bila...

Lelaki yunk baik untuk wanita yunk baik dan sebaliknya

Dya kata lelaki yunk jahat kena dengan pompuan yunk baik untuk pompuan tu ubah lelaki tu.Tapi bagi aku,untuk ubah diri ke arah kebaikan tak payah tunggu dari orang or orang tolong.Diri sendiri kena kuat azam.

Kalau pompuan tu baik sekalipun,tutup aurat,jaga solat tu semua tapi kalau hati si lelaki tak dapat hidayah dari Allah,memang tak berubah.Kalau hati kata tak nak memang tak berubah la jawabnya.Pokok pangkalnya hati,hati beb!

Ini hukum karma babe!Dah jahat ko dapat la pompuan yunk 'setaraf'' dengan ko.Kalau ko baik,insyaAllah ko akan dapat jodoh yunk 'setaraf' dengan ko jugak.


Tak payah tunggu orang baik untuk jadi baik k.

Tapi berdoalah kita dapat jodoh yunk terbaik untuk kita yunk selayaknya dengan diri kita nie.Aminn.
♥ With love by Nazeyra ♥

Thursday, December 22, 2011

Geng terer terer

Assalamualaikum


Hari nie compem tengah bising pasal result PMR kan?So,nak ucap tahniah dekat sepupu sepupu ku gengster nie.Dapat result gempak gempak semua.Tahniah la naa.



Dari kiri Mimie,Adib, and Tasha.Kami kamcheng bebe!

Mimie - 8A
Adib - 7A 1B
Tasha - 8A

Dua pompuan tu satu sekolah.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu,Kedah.Sekolah baru tuu.Kira dyorang batch terawal la.

Dari kecik dyorang memang together gether.Tadika,sekula rendah,sampai sekula menengah.Dapat result pown sama sama bagus.Caya laa.Agak agak u nanti nak sekali ke??heheh

Yang si lelaki tu duduk Gopeng nun.Orang Perak yob.Walaupun dapat 7A tapi terbaik la tu.Dya nie pendiam jer makin besao.Tak macam dua pompuan yunk banyak mulut tu.Plus aku sekali la.

'B' si Adib nie BI.Banyak aku dengar kalau 'B' tu mesti BI punya.Nape ha??BI kan best.Aku suka doe.hehhe.Alhamdulillah aku dapat 'A' BI.

Tapi MUET..erk!!Band 3 ,ok what!kan kan.

Dah la membebel.Tahniah sekali lagi buat 3 sepupu ku ini.Belaja rajin rajin untuk SPM pulak.InsyaAllah tak ada hadiah untuk korang.ahaks.Korang tau aku kedekut kan.

Ok bye.


p/s : 

"tu la pentingnya english education ~~ "

♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, December 21, 2011

Bukan kisah hati Alyah | SOMEDAY |

Assalamualaikum

Please have a pleasure to experience this...

#aku nangis tengok video nie sebab sangat sedih.#



Don’t know how long is it
That i have to resist everything
Hide all of the truth in my..heart
Every time we meet
Every time you turn to me

Do you know how much i have to force myself?

Can you hear that
My heart..
Is telling you that i love you
But i cannot reveal my true feeling to anyone

Can you hear that?
My heart..
Is waiting there for you to open
Can only hope you will know it

Though i love you
Though i feel it
But deep inside isn’t  brave enough

Every time we meet
Every time you turn to me
That i pretend to be still

Do you know how much i have to force myself
My heart..
Is telling you that i love you
But i cannot reveal my true feeling to anyone

Can you hear that?
My heart..
Is waiting there for you to open
Can only hope you will know it
That i’m the one here to love you

I’m begging you please know it
Some day

  

From the movie FIRST LOVE  

Memang tacing lagu nie.Tapi aku tak tahu sapa penyanyi lagu nie.Yang pasti orang Thailand la kot.Dah ini citer Thai.

Btw,you have done a really superb good job.

Macam kena ja lagu nie dengan hati aku.Haiish,no cinta cinta plishh!!


♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, December 19, 2011

I'm very the rindu

Assalamualaikum ♥

At last I meet them yesterday.I'm very the rindu with korang.Although,it's only a few day we did not meet.

Macam mana nak tahan sampai berminggu minggu nie?!?

Really miss the joy,happiness,teribble,horrible,and the moment we had together...

cross county


the picnik

bergediks di padang

tetibe jadi cikgu

the merewang

sleeping beast beauty

our last day


the graduation,damm sweet!!

our beloved teacher's besday

the guy,korunk baik sgt dgn kami.. <3

playing truant,ahaks

the pre wedding raya 


Gila aku rindu dekat korunk.The guy yunk baik hati.Baik la shangattt!Eh,baik laa.Waktu pindah kelas,bukan gegurl yunk sapu sampah,tapi boboi yunk sapu.Sweet la korunk.

Rindu time kena marah dengan cikgu.Kena marah dengan pengetua sampai 2 jam berdiri.hehhe.Berapa kali kita kena denda and marah together gether kan?Honaq gila kita ni,dari awal tahun sampai habis STPM mana pernah seriuss!

Kalau kita dapat masuk U sekali,agak agak havoc tak??Habis la lecturer dengan perangai kita kan.


Hope the friendship will last forever.Damm love u all.And god bless us for the STPM.



p/s : bila kita nak balik sekula ha??


♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, December 17, 2011

Hiperbola dalam kehidupan

Assalamualaikum ♥


Hari ini bersama cikgu Umie.Cikgu BM yunk gedik nak ajar BM padahal sebelum ni kelas BM dan kelas lain selalu tuang.Hari nie tajuk pelajaran kita ialah "HIPERBOLA".Bukan bola bola cinta ya.


"HIPERBOLA" merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.Maknanya ayat yunk buat teruk!


Banyak sangat "HIPERBOLA"  dalam hidup kita nie kan.Ni nak kasi contohnyerr...




1.Kalau nak mengadu sakit ke hape,sakit sikit jer tapi cakap buat teruk lebih."Weyh,aku sakit perut macam nak mati woo".Mati betul baru kau tahu kan.Cuba la istighfar or pegi makan ubat dari dok maki maki dekat perut tu kan.


2.Time panggil orang,orang tu pulak buat pekak spesis badak tanah.Baru panggil 3 kali dah naik semak cakap kawan tu pekak."Dah berpuluh kali aku panggil hang,awat yunk pekak badak tanah sangat".See?!?Tak lenguh aih mulut tue panggil banyak kali pown.Baru 3 kali.


3."Lautan api sanggup ke renangi demi cintamu.Kaulah hidup dan matiku".*status fesbukk semua ni.Ayat jiwang tak hengat,berani ker nak renangi lautan api tu.Cuba berenang dari Kuala Perlis pegi Langkawi tengok.Ada bran?Oh,dya lupa tambah ayat tu,"...lepas hujan".




4."Sayang,ling sanggup tunggu sayang sampai bila bila.Biar beribu tahun lamanya.."Ada harapan ke nak hidup seribu tahun lagi??Erk..


Ayat ayat cinta nie semua memang manis didengar,tapi bila fikir balik..Ya Allah,betapa tipunya ayat tu!!"HIPERBOLA"  jer lebih tu.Adat la kan,ayat BM kan puitis.


Cikgu Rasidah dan Cikgu Harishah,sila bangga sekejap *sat pown jadila dengan anak murid cikgu nie.Tetibe nak ganti cikgu pulak kan.




Oh,baii ~~


Eh kejap,tu betul ke "HIPERBOLA"  ? heheheh


♥ With love by Nazeyra ♥

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias