Geng (s)

Saturday, May 5, 2012

Jangan bersedih,kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi

Assalamualaikum


Ibnu Al-Mubarak,seorang ulama yang sangat masyur mengatakan."Aku lebih sukai lantunan syair 'Adi bin Zaid daripada istana Raja Thahir bin Al-Husain.

Iaitu;

Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmu dari hari ke hari.
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.

Ertinya : Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain,apakah kamu mempunyai satu perjajnjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa bergembiran dengannya?Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu akan selamat dari segala bahaya dan bencana?Kalau begitu,mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain,padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?


Sebuah hadith berkata:

Seandainya nilai dunia ini di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air pun.

Menurut Allah dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk,inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah.Lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya.

Kebahagiaan adalah kita merasa aman atas diri,masa depan,keluarga,dan kehidupan anda sendiri.Dan semua ini terhimpun dalam keimanan,redha terhadap qadha' dan qadarNya serta diiringi dengan sikap qana'ah dan sabar.

'Dont worry be Happy'




♥ With love by Nazeyra ♥

4 love(s):

Azian Elias said...

yess.. tak perlu bersedih..

Papa Mifz said...

kegembiraan patut dikongsi kan...bukan nyer membuatkan org lain menderita...

syahirooAhmad said...

:)khas untuk orang yg sombong dan lalai ~

LYAfrina said...

smoga kt mghargai khidupan y kt perolehi di di dunia.. dgn selalu bgembira..n mgembirakan hati org lain

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias