Geng (s)

Saturday, June 9, 2012

Cara-cara nak Cover Malu

Assalamualaikum


Orang kata,MALU lagi sakit dari SAKIT.kan kan


Meh kita tengok cara cara nak cover malu :

1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus
berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.

2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh
sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.

3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?"
walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam
sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.
Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah
kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu
seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!


p/s : korang nak ikut ke tak??



♥ With love by Nazeyra ♥

7 love(s):

Alya Haduri said...

kahkahkah. sanggup tak nak buat ni? rela tahan malu dari buat benda yg lagi memalukan. hewhew

Umie Naziera said...

@alyaclumsyerr,cheq xsanggup buat benda niy..haha

Hanis MY said...

hehe..mcm tak sanggup je nak ikut... no 5 tu tak menahan!

ZF said...

boleh cuba ni

Ban said...

hahaha...mcm2 astro lah..haha..
hmm..nice DP :)))

fadh leyanie said...

yang num 2 tu pernah buat waktu tadika kecik2 dulu..hihi :P

kindergartenlibrary said...

haha , setuju ! tapi , nely tak reti betulla nak pura-2 .... HAHAHAHAHA

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias