Geng (s)

Friday, January 6, 2012

Lelaki Akhir Zaman

Assalamualaikum


Jadilah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang yang berjuang di jalan ALLAH


Jadilah seorang lelaki
yang sentiasa bersedia menjadi imam
yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya

Jadilah seorang lelaki
yang tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca Al-Quran
suaranya lesu kerana penat berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya Subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan


Jadilah seorang lelaki
yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Jadilah seorang lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan nikmat akhirat bersama ALLAH!!





Khas untuk lelaki.Bimbinglah kami,wanita!!



♥ With love by Nazeyra ♥

6 love(s):

Jay said...

Demi Allah sesungguhnya aku sebagai lelaki berusaha untuk menuju ke jalan Allah s.w.t...kerana Suatu hari nanti kami pasti akan menjadi khalifah pada isteri dan anak-anak..Membimbing mereka ke jalan keimanan dan ketaqwaan kepada khalik nya iaitu Allah s.w.t...Itu tanggungjawab yang Allah s.w.t berikan kepada seorang Lelaki..Itulah tanggungjawab yanag akan dipikul sehingga ke alam barzakh..:)

fadh leyanie said...

tidak ramai lelaki yg begini rupa pada akhir zaman..

Umie Naziera said...

Jay : Alhamdulillah,semoga dipermudahkan ALLAH

FdhLeyanie : betul2,susah nk jumpa

Hanis MY said...

Semoga dijodohkn dgn lelaki soleh aminn..

Unknown said...

byk lelaki yg baik2 kat luar sano tuh..tapi keno pilih betul2 la..:)

Umie Naziera said...

hanismy:amiin,semoga dimakbulkan

papamifz: betul2,,susah bebenor nk carinyaa

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias