Aku teringin nak naik keretapi dengan bas lagi.Naik bas selalu pergi Perak jer.Teringin nak naik bas macam first balik umah lepas orentasi Uitm dulu.Konon balik jauh study!Teringin nak naik bas dengan nina yunk xreti nak tutup mulut kecuali tengok2 dah meleleh air liur.Teringin nak bergelak xingat dunia dalam bas macam bas tu kami sorang yunk naik.Teringin jugak nak naik lagi keretapi pukol 12.30 pagi.Naik2 lena tross sebab nak mampos bersembang dalam gerabak berbilik macam tuh,nak kena tibai dengan orang sebelah?Teringin jugak nak buat drama jelingan manja dengan balak encem dalam gerabak macam aku buat dulu masa pegi Penang.
Aku teringin nak balik zaman form 1-3.Zaman yunk memang giler kentang.Zaman yunk mulut memang xreti kalau xmengata kat orang.Zaman yunk kami berenam + sorang lelaki bergelak sakan.Zaman yunk aku first dapat surat 'cintan'.Tapi aku xlayan lepas tahu siapa gerangan walau mula2 hati berbunga riang.
Aku nak jugak ulang masuk zaman form 4-5.Zaman yunk sangat perit untuk dikenang.Sebab kami satu kelas kena ketuk ketampi 100 kali sampai tumbang!Siapa yunk tumbang?Biarlah tuan punya blog tolong simpan.Zaman yunk sangat periang sampai xterlawan kanak-kanak Tadika Sri Impian *kat mane ha*.Zaman yunk kami selalu wat cikgu-cikgu menagis kehibaan dek perangai yunk xserupe orang!Zaman yunk dah xsabar nk keluar sekolah lepas SPM dan terbang.
Aku teringin nak ulang balik zaman kanak-kanak yunk periang.Zaman biler aku baru belajar naik basikal masa umor 6.Orang dah berkurun buleyh kayuh basikal.Zaman aku dengan abang sama-sama mandi kolah dalam bilik air dan bersihkan fungus yunk ada sampai hilang.Zaman bila dapat duit raya sampai sebalang lepas keliling rumah sampai ada setengah sepupu yunk hilang.Hilang sebab main aci sembunyi,dan lagii!Zaman yunk aku sama buat sibuk bila ada kenduri kahwin konon nak buat segak sampai lebam.
Teringin jugak nak ulang pengalaman masuk bilik pengetua yunk macam Mr Bean.Sebab selalu tuang sekolah,satu kelas 6 Rendah Kemanusiaan 1 kena panggil masuk bilik Mr Bean!Dah lenguh berdiri sampai 2 jam sambil jawab soalan pengetua yunk konon garang.Tapi buat lawak jer semedang!Tapi paling xtahan kena perli sampai muka naik berang,nak gelak pula dah xtertahan.
Aku teringin nak pergi kem lagi dengan kengkawan.Time biler kami seronok usha cikgu muda yunk sorang.Time kena masuk gua Kelawar di celah2 lubang gua yunk macam xpernah dimasuk orang.Nak ulang waktu sesat dalam gua walaupun sebenarnya ada jalan keluar yunk senang.Ulang balik masa bergambor yunk lebih banyak dari aktiviti berkumpulan.Bila cikgu kata kami nie geng2 tingkatan 6 perempuan yunk macam mak datin jer keje menyembang.Teringin nak ulang saat-saat berguling atas katil sambil buat aksi sumbang *erk*.Haiyakkk!
Motip????!?!?
p/s : teringin jugak nak kena lempang!
2 love(s):
zaman skulah terbaik!!
of coss laa..best sesangat
Post a Comment