Geng (s)

Monday, November 28, 2011

My 'First Love'

Assalamualaikum ^^


Layan trailer nie dulu...




Tadi lepak dengan kengkawan dekat rumah sewa.Harinie cuti  Maal Hijrah kan?Kami 'cuti' study sat,hehehehe.So its movie time!!

Tajuk dya FIRST LOVE also known as A LITTLE THING CALLED LOVE.


Citer Thailand okeh.Bukan korea.

Memang terrrrrrrrsangattttt best!Tengok aku tulis pown taw dah kan.Sampai nangis nangis kami layan citer nie.Kisah tentang cinta remaja yunk disangka hanya bertepuk sebelah tangan tapi sebenarnya dua dua ada perasaan yunk sama.How sweet!!  



Ini sikit sinopsis citer First Love....


The ordinary 14 year old girl Nam is unattractive or in simple terms...ugly. But she's always been secretly in love with an older guy in grade 10 called iphone photography Chon, the most popular student in high-school. He's hot, perfect and generous, and that's what makes girls go crazy about him, including Nam too. But she doesn't give up easily. She tries weight loss pills to do everything to make her get noticed by the boy she loves, in the hope of him turning around to look at her just one more time.


Aku suka sangat citer nie.Yunk betulnya hero dya hensem.Heroin mula mula tak cantik tapi lepas tuu berubah macam citer lain la kan.I like Chon aka Shon!

Nam panggil Shon 'Mr Button'.Sebab dya simpan button baju sekula Shon dalam satu part Shon gaduh dengan budax samseng.

Tapi cikgu dya memang lawak siot.Cikgu Inn.Tengok dalam trailer tu pown dah tahu.Suka usha cikgu hensem *macam aku tapi tak pernah dapat *eh,macam aku jugak.But last sekali dya dapat cikgu hensem jugak..hiiiiihihi.

Kawan kawan si Nam ni memang sporting,lawak and very cheerful.They always together together.Kira kawan sampai mati la even ada conflict sikit di pertengahan story.


Meh cini nak perkenalkan watak watak dalam First Love..


Marion Mario as Shon  

Pimchanok Lerwisetpibol as Nam

Sudarat Budtporm as Inn

Empat sahabat yunk comel 

Lastly memang la hero dengan heroin kan.Tapi memang sweet sangat percintaan dyorang.Memang terharu bila si Nam jadi secret admire Shon dari dya form 1 sampai habis sekula.Ingatkan Shon tak suka dya tapi sebenarnya Shon suka Nam dalam diam dari Nam tak cantik lagi.Lepas tu dyorang jumpa balik 9 tahun kemudian lepas dua dua dah berjaya.

Tengokla yerr.Memang tak rugi.

Eh,

Kalau Nam panggil Shon 'Mr Button'.Aku panggil 'dya' Mr Shy buleyh?Sebab 'dya' pemalu..hikhiikhik.Entah sapa la 'dya' tu kan.Berangan jer lebih..haisyhh.

Babaii.






p/s : tengok citer nie buatkan aku terbayangkan aku dgn Mr Shy aku..hiii,gataii   




♥ With love by Nazeyra ♥

Saturday, November 26, 2011

PERFUMES FARM CONTEST | Month November



Fragrant Misc from Victoria's Secret


The gap makes me feel bored!! I need to do something fun.*but i dont think doing my revision is the best idea.

After checking a comment for my previous entry before..




Why not if I join the contest.Its easy.Just tell a simple thing about the contest and put the most cheerful picture of yours.And you'll win!!Its my second contest.

You wanna know more.Just click


And here's the picture.



Why did I say its my cheerful picture?Because we have a lot of fun during our graduation day.Our last ceremony at school.

I really hope its work.

Why dont you give a try!!


p/s : sorry,broken English..heeee T__T



♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, November 25, 2011

Contest Candid |first time|

Salam

hmmm,ini first time aku nak join contest contest yunk blogger buat.Sebelum nie haaraaaammm!

Sebab?

Malas siot!Nak nak lagi contest bergambar.Dah la aku pemalu kamera,cewaah!




Tapi nak join Contest Candid Time by Muna nie.Macam beshh jerr.Sebab hadiah dye gilerr besht!
Dapat taw pown dari belog cik Nurul Iman nie.Thankz a lot yerr.


Tapii...aku xder gambar.


Gambar nie buleyh??!?




Nie gambar masa tengah usha cikgu hensemm..hehhe,gatai ckit k.

Aku nak tag zf dan ahine yunk sukew bergambo!


p/s : boleh menang ker?cabutan bertuah mmg aku xpernah dapat


♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, November 23, 2011

Sebelum berjuang..kita online dulu!!



Semak kepala dengan subjek menghafal..SEJARAH

Jawab satu paper SEJARAH buleyh hilang setengah dakwat pen,huihhh..aku dah la kedekut!

Tak sabo nak gap seminggu..ngeee   


go go chaiyuk kengkawan!!



♥ With love by Nazeyra ♥

Monday, November 21, 2011

Another 7 paper to go

Assalamualaikum..ngeee ^^

STPM bermula hari ini.Pengajian Am 2 mengambil tempatnya.Essei kot weyh.


Mula mula excited la sebab rasa macam dah boleh jawab.Lepas dapat soalan,nah amik ko!Terkejut den.Soalan tah hape hape.Langsung tak naik soalan yunk kami spot.Ngeee~gerram seyh!!


Dah tu confused pulak tu nak jawab soalan esei.Tak der isi langsung.Otak tepu!!


Tapi alhamdulillah aku boleh jawab walaupun aku sure aku jawab merapu meraban.Takut dapat 'TR' (tak relevan) jer nanti.Langsung 1 markah.Mintax mintax tak laaa.

Bila dah lepas satu paper..rasa macam ni haa

Rasa macam good good jer..

Tapi ada tujuh paper lagi yuuu.Jangan dok seronok sangat naa.


p/s : seronok study 'bola' dengan kengkawan dekat rumah sewa



♥ With love by Nazeyra ♥

Sunday, November 20, 2011

Memang aku suka pong jadi anak derhaka


Memang kita tak semestinya dapat apa yunk kita nak.Tapi biar la aku nak merungut.Tu pown berdosa!Tak kisah sebab aku nak lepas dalam hati aku nie.

Nak nangis kuat kuat.Tapi tak buleyh.Nangis dalam hati,sakiit!!

Nak buat macam mana??

Ayat klise, "doa banyak banyak yer", "banyakkan sabar,mintak doa pada Tuhan semoga dipermudahkan", "cuba bincang elok elok", argggh,tu semua dah jemu aku dengar.

Bukan tak percaya kuasa Allah.Yess,Allah Maha Besar.Tapi...tah la.Tak taw nak cakap apa.

Orang kata,bukan orang tapi Allah sendiri larang kita kwanghajo dengan parents or orang tua kan kan??

Tapi aku sakit hati.Bila aku sakit hati,aku dah tak kisah sapa pown orang yunk aku sakit hati tu.Tua muda aku tetap maki.Tak keluar di mulut,dalam hati.Walau dalam hati pown tetap dosa kan?

So,what?Ada aku kisah.Dosa aku dengan Tuhan kan?Biarlah aku jadi anak derhaka,bila aku sendiri tak tahan.Bila aku sendiri tak taw nak lepas macam mana or dekat mana.

Biarla orang nak pandang or nak cakap apa?Ko duduk tempat aku ker?Ko yunk dlam situasi nie ker?

Tak payah cakap 'aku faham,aku faham'..sebab ko takkan pernah faham.Apa dalam hati aku nie hanya aku dan Allah jer tahu.Tak payah buat ayat klise.Rahsia di hati takder siapa yunk tahu! sempat bermadah pulekk!!

Dahla kan.Esok aku peksa.Saja nak wat serabut kepala tambah dosa.Bertambah la dosa aku kan kan cerita dekat cini.Tapii...ada aku kesah!!




♥ With love by Nazeyra ♥

Friday, November 18, 2011

Jumaat | last day in school |

Catatan aku dalam alam persekolahan..Jumaat


Salam semua..yo yo whassup!!


Today's our last school day.Agak sedih la.Entry sarat gamba sikit.Punya lama aku tunggu upload gamba ni pakai berukband.Ciss lembap!!


Awal pagi sebelum pegi sekula singgah beli nasi lemak dulu untuk family.Aku sambil tunggu abang aku mula la tarik enset dalam poket.heeee~Adik hiang memang lagu nie naaa.

usha ada manyak balak ensem siot..phewit phewit!!

Kami kan kena pindah pegi blok belakang.Gamba di bawah menunjukkan betapa bohsannya kami mengadap masing masing.Tapi ini memang kerja wajib kami!Membuta tuli!! tak kena konsep betul la aku nie.




Hari nie patutnya ada jamuan.heee.Makan lagi.Tapi Sarah sorang ja bawak pong.Bedal dya punya la.Kami makan bawah pokok.Suwitt sangat.Sambil ajak cikgu cikgu yunk lalu singgah makan.Tapi cikit jer makanan nyer.

hahaha,comel la boboi dengan gegurl nie

Saja usik usik boboi dengan gegurl.Koraunk jangan ingat betul pulak.Terbalik Perlis terchenta aku nie maw dyorang nie betul betul.Eh,simpang malaikat empat puluh enam pown xpe!


Muko aku dengan Ahine baru lepas nangis.Sebab?Sajo la bukak cerita sedih.Sekali cikgu ensem lalu,malu bhaii.Kalih muka!!


Macam nie ke ghuponyer orang sakit?!?Sebab aku tak sakit la aku gumbira jer.Saje balut tangan tu sebab aku letak ubat.Kang termakan berbuih mulut pulak.


Ni aku jumpa kucing yunk puasa dari makan ikan.Agaknya kantin dah kurang ikan sampai kami bagi bihun goreng pown licin dya bedal.Sampai menjilat lantai doe.ishh,Sapa la yunk bagi kucing nie bihun.Ahine dengan Azreen.Loklaq!!


Heee.Terkejut eden tengok perangai kawan kawan eden yunk pelbagai dan unik nie.Huduh tak aku??ngeeee~~Ahine,last day ko nak on9 dekat sekula.


Dah la kelas depan pejabat.Naya oo posing mcam tu Ahine n Mindet oit!Pastu kami pegi jalang jalang blok belakang.Tengok kawasan tinggalan sejarah.


Port lepak kami.Ada tak korang berani tuang kelas pastu pegi lepak tempat open macam nie?Kami berani.Sebab tu dulu kena kejo dengan cikgu..Rindu cikgu Azizan laa.Dya mc sebab appendix.Get well soon cikgu.

budax komputing melawat bilik kebal dya


Ni khas untuk sape sape yunk tak sedo diri dya nak exam Isnin depan.Eh,aku tu.hahah.Dok sibuk mian blog lagi kan.Btw,like this pixca.


Alahai boboi minum air.Boboi kena minum susu la,mana buleyh minum f&n nie,bergas.Mana gegurl nie tak buat susu dekat boboi?! Comey kan.Susah oo nak dapat gamba dye.Kali nie dya rela pulak kami snap.Tenkiu Firdaus aka Tenuk aka Boboi!!

dah gilo semuanya

Kami ingat nak keja part time lepas stpm nie..ngee~~practise make perfect.



Babai nak balik dah...

Berapa kali kami macam tak mo keluar je dari kelas.

Bye tok sheikh.Tima kaseh sudi terima kami 7 tahun dekat sini.Thanks cikgu cikgu yunk sudi tahan perangai budax budax batch 1992 nie.Kami memang honaq cikgu.Mungkin sebab kami lahir tahun monyet ada kena mengena ke??Maafkan kami ek.Cikgu disiplin yunk tahan kami time kami buat salah,sorry ek.Kami saja nak memenuhkan borang kuning yunk tak terusik sangat tu.Nak cukupkan kuota.hiiii.Lempang sat!!

Dan for my frenz.Thanks sebab sudi jadi kawan terbaik untuk aku dunia akhirat,Memang best moment dengan korang dekat sekula.Mintak maap yer kalau ada salah silap.Luv u all ketat ketat~~InsyaAllah kita pasti jumpa lagi.Di dewan exam naaa.

Btw,wish u luck for the muet besok.

Sama sama kita doakan kejayaan masing masing.Wish me luck.Need your doa.

Tahun depan kami mai balik na amik result.Cuak cuakk!!    



♥ With love by Nazeyra ♥

Thursday, November 17, 2011

Khamis

Catatan aku dalam alam persekolahan..Khamis


Haiii my blog  ^^


Harinie aku tak pegi sekula lagi.Lantak la weii.Malaih betul.Kami pegi libraray.Pagi pagi pekena roti canai teluq sebijik.Hmm,yummy!Dah berkurun aku tak makan roti teluq nih.Selalu yunk biasa ja.Boring!!


Semngat semua bawak lappy rupenyer.Pakat online semua.Seyees harinie tak der mood langsung nak belek buku.Hari lain jugak sebenarnya.heeee.Kalau fail yunk aku bawak tu buleyh bercakap,rasanya dah berkandar dya maki sebab aku buat dunno jer dekat dya.Tau kami buat apa??


Kami layan citer Hijab.Ada la terjerit sana terjerit sini.Terkejut jer bukan takot.Ayat cover wekk!!Ada yunk sampai letak telinga dekat lappy sebab sound tak berapa nak kuat.Budak budak sekula yunk ada dekat situ senyum senyum je tengok kami.Perangai kalah budak budak!!Tapi citer dya tergantung.Tah hape hape!


Lepas tu pegi makan.Bihun sup 4 !! ABC special satu!


ABC sorang yunk order.Tapi lima orang yunk makan.Dasar kedekut masing masing.Sibuk snap gambar ais krim atas ABC tu.


Tapi paling best harinie,aku minum air sampai nak habis satu gelas!uiii.Agak ajaib la.Tu pown sebab aku tersedak.Tah sapela yunk dok mengata aku tu.Maw dapat siap ko!!Selalu air aku minum tak sampai suku gelas pown.Sebab tu pegi kedai makan aku share air dengan mak aku jer.Kalau dengan kawan kawan aku paw air dyorang ja.lalalalalalala~~


Ah,baru teringat.Kami enam orang suka buat aksi berani mati dekat kantin sekula.Makan nasi kuah sambal macam sup.Tapi air satu jer.Kunun nak jadi unta al padang fasirun la kan.Boleh bayangkan,satu gelas air untuk enam orang minum!?Apa kejadahnya.Dah la air pown dapat free hasil kenyitan mata untuk abang tukang jual air.Sungguh kodokut masing masing!!


Back to the thursday's story.Lepas makan balik sambung online.Tetibe 'hujan' pulak 'dalam' library.Agak lebat la.Okeh,aku yunk nangis.


Sebab baca citer citer dekat page himpunan cerita sedih.Seyes sangat sedih post dekat situ.Aku lap air mata ja keja.Nangis kalah putus cinta.*eh,aku xpernah bercinta pong.Tapi tetap cover ayu depan kengkawan!!Korang kena cekidaut taw.Sangat memberi pengajaran dan keinsafan!!Ada aku post dekat entry sebelum nie pasal satu kisah sedih.Tentang surat dari seorang adik untuk abangnya.Sila ketik sini.


Lepas dah habis drama air mata,blah la kami.Library tu pown dah meluat tengok muka kami selalu gamaknya.


Dah balik tuu yunk tengah hupdate nih! ♥ 


Babaiiii 






p/s : esok last sekula,nak tangkap gamba banyak banyak laa




♥ With love by Nazeyra ♥

Dear my love brother...



-Surat Untuk Abang Dari Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis
 surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku



Alhamdullillah Ya Allah,aku masih punyai seorang abang.Terima kasih ALLAH!


♥ With love by Nazeyra ♥

Wednesday, November 16, 2011

Rabu

Catatan aku dalam alam persekolahan..Rabu


Eh,lagi dua hari nak habis sekula.Makin cedih nampaknya.


Hari nie pegi sekula sebab ada pot luck.Bab makan mana buleyh tinggal.


Tapi sebenarnya yunk paling penting pegi melawat dewan exam dekat sekula lain.SMKAA.Tapi kami yunk kena susun meja kerusi semua.Mana dyorang punya workers ha?!Sekula aku workers yunk buat,mai jawab soalan ja.


Tapi cuak pulak bila dah siap susun semua meja kerusi.Rasa macam pegi jawab exam pulak.Huiish.Gerun seyh!


Balik sekula ada pot luck pulak kan.Buat dekat bilik guru form 6.Kami segan nak join sebab tak bawak apa makanan pown.Lagi satu sebab kami dah kenyang.Paw makanan jamuan budax form 3.Senior buli junior nampaknya!!Tak pa,adik adik semua sayang kakak dyorang nih.Btw,nice kek batik!!


Kami join jugak pot luck tu sebab semua join.uuu.Makan laksa doe.


Bilik guru jadi macam bilik kami.Duduk tempat cikgu makan laksa + mangga cicah garam belacan.Sambil sembang sembang yunk dah memang kosong.Perghhh!!Tambah tambah buat komplot tak mo pegi sekula esok.


Sorang duduk bawah meja,aku duduk atas kerusi.Sampai cikgu jenguk kawan aku buat apa bawah meja nie.Lari dari cikguu eh?!Ngaku je la weii.hihihihi.




Ingat ada kelas tengah hari tapi cikgu tak sihat,dya balik awal.Allaaaaaa.Macam tak happy jer muka,dalam hati!Nak lompat!nak lompat!


Ciao pegi library la.Sorang layan internet.Sorang baca buku agama *eh,xcaya akuh.Sorang buat maths *ni baek ckit.Sorang baca novel.Agak agak aku yunk mana?Compemla aku baca novel.Memang tak der mood tadi nak study. 


Lepas tuu ciao balik la.Masih pertimbangkan nak pegi or tak sekula esok.Haisyyy.


Daaaa syunk~~




p/s: hari jumaat ada pot luck lagi.adoii,dari awal taun sampai habis sekula asyik pot luck je keja.jangan loklaq sudaaa..
♥ With love by Nazeyra ♥

copyright@segala yunk tercatat adalah hak milik Umie Nazeyra Alias